Archives Archives

Back

Jemputan Menghadiri Jamuan Teh di Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, 3 Disember 2011

PENGUMUMAN:
 
Jemputan Menghadiri Jamuan Teh di Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, 3 Disember 2011
 
Sukacita dimaklumkan bahawa satu Jamuan Teh akan dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm dan Swedish Malaysian Association (SMA) bertempat di Bangunan Canseri, pada hari Sabtu 3 Disember 2011 dari jam 1.30 petang hingga 5.00 petang.
Rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia di Sweden bersama-sama keluarga masing-masing adalah dijemput untuk menghadiri Jamuan Teh ini. Penyertaan adalah melalui pendaftaran pada 3 Disember 2011 dari jam 1.30 petang hingga 2.00petang dan sumbangan makanan dan minuman adalah secara pot luck bagi setiap keluarga.
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan lagi majlis ini seperti tiup belon, kuiz, teka kacang dalam balang dan pertandingan karaoke untuk kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa. Pihak SMA juga akan membuka kaunter pendaftaran keahlian kepada mereka yang berminat.
Pada hari yang sama dari jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang, pihak Kedutaan akan membuka kaunter bagi mengemaskini maklumat serta pendaftaran rakyat Malaysia yang menetap di Sweden dan juga bagi Pendaftaran rakyat Malaysia sebagai Pemilih bagi persediaan untuk Pilihanraya umum yang akan datang.
Kehadiran rakyat Malaysia terutamanya di Sweden dan juga di Denmark, Iceland dan Norway ke Majlis Jamuan Teh ini adalah dialu-alukan.
 
Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm
Sweden
1 Disember  2011