Archives Archives

Back

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS MINUM PETANG 1MALAYSIA DI OSLO, NORWAY PADA 18 APRIL 2012


PENGUMUMAN:

 

 

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS MINUM PETANG 1MALAYSIA DI OSLO, NORWAY PADA 18 APRIL 2012

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm akan menganjurkan Majlis Minum Petang 1Malaysia di Oslo, Norway bertempat di Peking Garden Restaurant, Haakon VII 10, Oslo pada hari Rabu, 18 April 2012 dari jam 5.30 petang hingga 7.30 petang. 

Rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia di Norway berserta keluarga masing-masing adalah dijemput untuk menghadiri Majlis ini. Penyertaan adalah melalui pendaftaran selewat-lewatnya pada hari Isnin, 16 April 2012 melalui telefon + 46 8 4408 400 atau email kepada mwstholm@algohotellet.se. Sumbangan makanan dan minuman secara pot luck adalah dialu-alukan.  

Program Majlis termasuk ucapan TYT Dato´ Duta Besar dan jamuan minum petang. Pada masa yang sama Kedutaan Besar akan mengadakan pendaftaran rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia di Norway serta pendaftaran sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) bagi kakitangan Kerajaan, anggota keselamatan (Polis dan Tentera) dan pelajar-pelajar Malaysia (sepenuh masa) berserta pasangan masing-masing. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Norway-Malaysia Association (NMA), Norway.

Kehadiran rakyat Malaysia terutamanya di Norway dan juga di Sweden, Denmark dan Iceland ke Majlis Minum Petang 1Malaysia ini adalah dialu-alukan. Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm

Sweden

13 April 2012