Archives Archives

Back

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM, 4 FEBRUARI 2012

PENGUMUMAN

 

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM,  4 FEBRUARI 2012

 

Sukcita dimaklumkan bahawa satu Majlis Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah akan dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm dan  rakyat Malaysia di Stockholm bertempat di Bangunan Canseri, pada hari Sabtu, 4 Februari 2012 dari jam 1.30 petang hingga 6.00 petang.

 

Rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia di Sweden bersama-sama keluarga masing-masing, khususnya yang beragama Islam adalah dijemput untuk menghadiri Majlis ini. Penyertaan adalah melalui pendaftaran selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 3 Februari 2012 melalui telefon + 46 8 4408 400 atau email kepada mwstholm@algohotellet.se dan sumbangan makanan dan minuman adalah secara pot luck bagi setiap keluarga.

 

Program terdiri daripada solat asar berjemaah, berzanji, selawat beramai-ramai, ucapan TYT Dato´ Duta Besar, tazkirah, jamuan petang, persembahan nasyid oleh kanak-kanak, dan solat Maghrib.

 

Kehadiran saudara/saudari ke Majlis Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah ini adalah dialu-alukan.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm

Sweden

31 Januari 2012