Archives
MAJLIS IFTAR DAN SOLAT TARAWIH 1436H DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM, SWEDEN
Sepertimana pada tahun-tahun yang lepas, Kedutaan Besar Malaysia, Stockholm, Sweden dengan kerjasama Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) akan mengadakan Majlis Iftar dan Solat Tarawih pada tahun ini seperti berikut:
Tarikh : Sabtu, 27 Jun 2015
Masa : 10.00 Malam
Tempat : Bangunan Canseri
Kedutaan Besar Malaysia
Karlavagen 37
10041 Stockholm
Sweden
2. Semua muslimin dan muslimat warganegara Malaysia dijemput untuk mengimarahkan lagi majlis tersebut.
3. Untuk makluman, penyediaan makanan adalah secara pot-luck. Oleh yang demikian, muslimin dan muslimat adalah dialu-alukan untuk membawa juadah masing-masing untuk lapan (8) orang bagi dihidang semasa Iftar nanti. Lain-lain rakyat Malaysia beragama Islam yang berkebetulan bermusafir di Stockholm juga turut dialu-alukan.
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm
18 Jun 2015
PROGRAM
MAJLIS IFTAR DAN SOLAT SUNAT TARAWIH
9.30 malam - Ketibaan Para Jemaah
10.12 malam - Majlis Iftar
- Solat Mahgrib
11.41malam - Solat Isyak
- Solat Sunat Tarawih
1.00 pagi - Bersurai