Archives Archives

Back

MAJLIS MAKAN MALAM TYT DATO´BADRUDDIN AB. RAHMAN BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN LUAR NEGERI SWEDEN PADA 16 JANUARI 2012

MAJLIS MAKAN MALAM TYT DATO´BADRUDDIN AB. RAHMAN BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN LUAR NEGERI SWEDEN PADA 16 JANUARI 2012

 

Satu Majlis Makan Malam TYT Dato´ Badruddin Ab. Rahman, Duta Besar Malaysia ke Sweden bersama pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri Sweden telah diadakan di Bangunan Canseri, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm pada 16 Januari 2012 dari jam 5.30 petang hingga 9.00 malam.  

 

Para tetamu telah dihidangkan dengan masakan Malaysia dan dihiburkan oleh persembahan audio ´Malaysia Truly Asia´ dalam memperkenalkan  Malaysia kepada para tetamu. Majlis telah dihadiri oleh seramai 18 orang termasuk para tetamu dan pegawai-pegawai Kedutaan.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm,

Sweden

31 Januari 2012