Archives
Back
MAJLIS MINUM PETANG 1MALAYSIA DI OSLO, NORWAY PADA 18 APRIL 2012
MAJLIS MINUM PETANG 1MALAYSIA DI OSLO, NORWAY PADA 18 APRIL 2012
Kedutaan Besar Malaysia di Sweden dengan kerjasama Persatuan Norway-Malaysia (NMA) telah mengadakan Majlis Minum Petang 1Malaysia bersama rakyat Malaysia termasuk ahli keluarga masing-masing di Peking Garden Restaurant, Oslo pada 18 April 2012 dari jam 5.30 petang hingga 8.00 malam.
Program termasuk ucapan oleh TYT Dato’ Badruddin Ab. Rahman, Duta Besar Malaysia ke Sweden dan ditauliahkan serentak ke Denmark, Iceland dan Norway, sesi soal jawab, jamuan minum petang dan lain-lain aktiviti-aktiviti termasuk pendaftaran rakyat Malaysia dengan Kedutaan Besar dan pendaftaran para pelajar sepenuh masa berserta pasangan masing-masing sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).
Seramai lebih kurang 50 rakyat Malaysia berserta ahli keluarga masing-masing telah hadir ke Majlis Minum Petang 1Malaysia ini.
Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm,
Sweden
25 April 2012