Archives
Back
MAJLIS SEMBAHYANG HARI RAYA AIDIL-FITRI 1434 H
Assalamualaikum wkth.,
Saudara/Saudari Muslimin & Muslimat Yang Dirahmati Allah
MAJLIS SEMBAHYANG HARI RAYA AIDIL-FITRI 1434 H
Sukacita dimaklumkan bahawa sepertimana amalan pada tahun-tahun yang lepas, Kedutaan Besar ini akan menganjurkan Majlis Sembahyang Hari Raya Aidil-Fitri 1434H bertempat di bangunan Kedutaan Besar, dialamat Karlavägen 37, 10041 Stockholm.
2. Sholat Hari Raya Aidil Fitri ini akan diadakan pada pukul 9.00 pagi. Tarikh majlis ini bergantung kepada pengistiharan Hari Raya Aidil Fitri yang akan dibuat oleh pihak masjid-masjid di Sweden.
3. Sehubungan dengan ini, rakyat Malaysia beragama Islam, khususnya disekitar Stockholm, adalah dijemput untuk mengimarahkan majlis tersebut. Seperti ditahun-tahun lalu, jemaah yang hadir dipohon membawa sedikit juadah yang cukup bagi lima (5) orang setiap satu bagi kita sama-sama menjamu selera selepas Majlis Sembahyang Hari Raya. Aturcara majlis seperti dilampiran.
Wassalam dan ’Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, Maaf Zahir dan Batin’.
Ketua Canseri
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm, Sweden
30 Julai 2013
PROGRAM
SHOLAT HARI RAYA AIDIL FITRI
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM
HARI RAYA PERTAMA
09.00 pagi : Ketibaan Para Jemaah
09.30 pagi : Sholat Hari Raya
11.00 pagi : Jamuan Ringan
01.00 petang : Bersurai