Archives
Back
PENGUMUMAN: JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM, (11/18) FEBRUARI 2012
PENGUMUMAN
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM, (11/18) FEBRUARI 2012
Sukcita dimaklumkan bahwaa satu Majlis Sempena Sambutan Tahun Baru Cina akan dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm bertempat di Bangunan Canseri, pada hari Sabtu, (11 / 18) Februari 2012 dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.
Rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia di Sweden bersama-sama keluarga masing-masing adalah dijemput untuk menghadiri Majlis ini. Penyertaan adalah melalui pendaftaran selewat-lewatnya pada hari Khamis, (9/16) Februari 2012 melalui telefon + 46 8 4408 400 atau email kepada mwstholm@algohotellet.se dan sumbangan makanan dan minuman adalah secara pot luck bagi setiap keluarga.
Program terdiri daripada persembahan audio ´Malaysia Truly Asia´, ucapan TYT Dato´ Duta Besar, jamuan makan tengahari, persembahan nyanyian/karaoke dan permainan golongan kanak-kanak serta dewasa.
Kehadiran rakyat Malaysia terutamanya di Sweden dan juga di Denmark, Iceland dan Norway ke Majlis Majlis Sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini adalah dialu-alukan.
Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm
Sweden
31 Januari 2012