Archives Archives

Back

PENGUMUMAN: MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI (HARI RAYA OPEN HOUSE) PADA 24 OGOS 2013

 

 
PENGUMUMAN:
 
 
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI  
(HARI RAYA OPEN HOUSE) PADA 24 OGOS 2013
 
 
Sukcita dimaklumkan bahawa bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri 2013, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri (Hari Raya Open House) yang dihoskan oleh Duta Besar, TYT Dato’ Badruddin Ab. Rahman dan Datin Noormah Mahmud.
 
2.         Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2013, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden adalah seperti berikut:-

Tarikh:           Sabtu, 24 Ogos 2013

Tempat:         Kedutaan Besar Malaysia        
                    Karlavägen 37, Stockholm

Masa :           1.00 petang hingga 4.00 petang.

3.          Sehubungan    dengan    ini,    semua rakyat  Malaysia di Sweden, termasuk  pelajar-pelajar  Malaysia, berserta  ahli  keluarga  masing-masing, adalah dijemput hadir untuk meraikan dan memeriahkan majlis tersebut.
4.          Program Majlis termasuklah ucapan TYT Dato´ Duta Besar dan jamuan makan. Pada masa yang sama, pihak kami akan mengadakan pendaftaran rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm.
 
5.         Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia melalui emel malstholm@kln.gov.my atau telefon   + 46 8 4408 400.
 
 
Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm
Sweden
 
15 Ogos 2013