Archives
PENGUMUMAN: PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA PADA HARI AHAD, 28 APRIL 2013
PENGUMUMAN:
PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA PADA HARI AHAD, 28 APRIL 2013
Kedutaan Besar ini ingin menarik perhatian semua warganegara Malaysia yang tinggal di Sweden, Denmark, Norway dan Iceland mengenai Kenyataan Media Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bertarikh 15 April 2013 mengenai tarikh pengundian pos di luar negara.
2. Selaras dengan keputusan dan kenyataan media oleh Suruhanjaya Pilihanraya tersebut, hari pengundian secara pos di luar negara akan dijalankan serentak pada hari Ahad, 28 April 2013 disemua 103 Pusat Serahan dan Terimaan Kertas Undi di luar negara.
3. Dalam hubungan ini pihak Kedutaan Besar ini akan dibuka seperti berikut bagi urusan Serahan/Terimaan Sampul Keutamaan berisi Kertas Undi Pos.
Tarikh: 28 April 2013 (Ahad)
Masa: 9.00 agi – 6.00 petang
Tempat: Bangunan Canseri
Karlavägen 37,
10041 Stockholm,
Sweden
4. Semua warganegara Malaysia yang tinggal di Sweden, Denmark, Norway dan Iceland dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) hendaklah hadir ke Kedutaan Besar ini dengan menunjukkan Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa kepada petugas-petugas SPR di Pejabat Perwakilan yang berkenaan. Sampul Keutamaan TIDAK akan diserahkan kepada mereka yang tidak membawa dokumen pengenalan diri. Wakil atau saudara juga tidak dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu yang lain.
5. Warganegara Malaysia yang tinggal di Sweden, Denmark, Norway dan Iceland dan PTH yang hadir ke Kedutaan Besar ini akan diserahkan Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos. Kertas Undi yang telah ditanda perlu dimasukkan ke dalam Karung Khas SPR yang disediakan di Kedutaan Besar ini. Sampul-Sampul yang mengandungi Kertas Undi Pos di dalam Karung Khas SPR tersebut akan dibawa pulang ke Malaysia pada hari yang sama untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing.
6. Namun demikian, sekiranya terdapat Warganegara Malaysia yang tinggal di Sweden, Denmark, Norway dan Iceland serta PTH mengambil Sampul Keutamaan selepas hari penyerahan atau mengembalikan Sampul yang mengandungi kertas undi pos selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, mereka dikehendaki menguruskan sendiri urusan penghantaran balik ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkaitan dan dengan perbelanjaan sendiri.
7. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada Kenyataan Media Suruhanjaya Pilihanraya bertarikh 15 April 2013 mengenai urusan pengundian pos ini.
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm, Sweden
16 April 2013