Archives Archives

Back

Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2009 di Kedutaan Besar Malaysia di Sweden

Pada setiap hujung minggu dalam bulan Ramadhan, Kedutaan Besar Malaysia telah mengadakan majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih bersama-sama rakyat Malaysia di Sweden.

 

Dalam merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitiri di Sweden, pada pagi 20 Oktober 2009 Kedutaan Besar Malaysia telah mengadakan sembahyang raya dan takbir raya bermula pada jam 9.00 pagi disusuli dengan majlis ringkas bersama beberapa rakyat Malaysia yang menetap di sekitar Stockholm.

 

Pada 23 Oktober 2009, bermula pada jam 12.00 tengahari, Kedutaan Besar Malaysia telah mengadakan resepsi Aidilfitri kepada diplomat-diplomat asing di Sweden disusuli dengan majlis rumah terbuka bersama-sama 200 rakyat Malaysia di rantau Skandinavia. Rakyat Malaysia yang bermastautin di Norway turut bersama-sama hadir dalam memeriahkan sambutan Adilifitiri pada tahun ini.Pelbagai juadah Aidilfitiri telah disediakan oleh Perwakilan.