Archives
LAWATAN KE PENJARA KHLONG PHREM & BANG KWANG 4 FEBRUARI 2010
LAWATAN KE PENJARA KHLONG PHREM & BANG KWANG
4 FEBRUARI 2010
Selaras dengan amalan dan usaha Kedutaan untuk memperkasakan lagi program lawatan ke penjara, pihak Kedutaan telah melakukan dua lawatan serentak ke dua penjara utama di Bangkok iaitu Khlong Prem dan Bang Kwang pada 4 Februari 2010 dan telah menemui 40 orang tahanan Malaysia di kedua-dua penjara tersebut.
Lawatan ke Penjara Bang Kwang telah diketuai oleh En. Nazarudin Ja’afar, Setiausaha Pertama dengan disertai oleh En. Steve Cheah dari Malaysia – Thailand Chamber of Commerce (MTCC). Turut hadir adalah Cik Thanawan Pattarawongsa (LRS dari seksyen Konsular Kedutaan). Manakala, bagi lawatan ke Penjara Khlong Prem pula, ia telah diketuai oleh Encik Ahmad Sabri Tahir, Setiausaha Ketiga (Konsular), Kpl. Azhar Hasmat (wakil dari Pejabat PDRM di Kedutaan) dan Encik Alee Adnanh (LRS Bahagian Pentadbiran).
Dalam pertemuan yang diadakan, kedua-dua pasukan tersebut telah berjaya mendampingi 40 orang tahanan
Lawatan kali ini telah berjaya mencapai objektifnya kerana Kedutaan telah dapat berbual dengan keseluruhan tahanan yang ingin ditemui dan reaksi yang diberikan oleh tahanan juga amat memberangsangkan. Mereka amat terharu menerima kunjungan wakil dari Kedutaan dan telah meminta agar kekerapan lawatan dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan. Di samping itu, lawatan tersebut juga telah membolehkan Kedutaan mengumpul sedikit maklumat yang berguna bagi memastikan soal kebajikan tahanan
Malawakil Bangkok
11 Februari 2010
Nota : Tiada gambar dapat dirakamkan atas alasan keselamatan