Archives Archives

Back

LAWATAN KERJA OLEH YB DATO’ HAMZAH ZAINUDDIN, TIMBALAN MENTERI INDUSTRI PERLADANGAN DAN KOMODITI 13 – 16 JANUARI 2010


Satu delegasi seramai 7 orang dari Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi yang diketuai oleh YB Dato’ Hamzah Zainuddin telah mengadakan satu lawatan kerja ke Thailand bagi mempelajari pelbagai aspek perladangan dan pertanian yang diamalkan di Thailand yang dapat memanfaatkan industri perladangan di Malaysia.

 

2.         Sepanjang tempoh lawatan tersebut, pelbagai aturcara telah disusun bagi delegasi Malaysia. Antara aturcara tersebut adalah lawatan ke ladang kurma di Chiang Mai, kilang PP Intercorp Co. Ltd d Kanchanaburi yang menghasilkan baja organic serta ladang lada hitam di Canthaburi yang terletak di luar Bangkok. Delegasi tersebut juga turut berkunjung ke ladang getah, nanas dan kelapa sawit di Patthalung di selatan Thailand sebelum berangkat balik ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

 

3.         Sepanjang lawatan tersebut, Pegawai Pertanian dari Kedutaan telah turut mengiringi delegasi bagi mengikuti perbincangan yang diadakan serta membantu dari sudut logistic dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah turut menghulurkan bantuan sewaktu delegasi tersebut bertandang ke selatan Thailand.

 

4.         Lawatan tersebut merupakan lawatan kerja pertama dalam tahun 2010 yang melibatkan Menteri / Timbalan Menteri dari Malaysia. Seperti lazimnya, Kedutaan menjangkakan lebih banyak lawatan akan menyusul sedikit masa lagi dengan mengambil kira kepentingan strategik hubungan dua hala Malaysia dan Thailand. 

 

 

 

Malawakil Bangkok

20 Januari 2010