Archives Archives

Back

LAWATAN MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN, 24 OKTOBER 2011

 

Satu delegasi dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) dengan diketuai oleh YAA Datuk Hj. Mohamad Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie telah berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok pada 24 Oktober 2011 bagi maksud mempelajari pelbagai perkara berkaitan kehakiman syariah di Thailand. Beberapa pertemuan dengan pihak berwajib di Thailand terpaksa dibatalkan kerana faktor banjir yang sedang melanda Bangkok ketika ini. Namun, delegasi tersebut telah berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan tiga pegawai Kedutaan bagi membicarakan pelbagai perkara yang berkaitan.
 
Pertemuan selama sejam lebih itu telah membolehkan pelbagai isu yang berkaitan dengan permasalahan kehakiman syariah dibincangkan secara sepintas lalu dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa beberapa tindakan susulan perlu diambil bagi merungkaikan lagi persoalan yang belum terjawab. Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa lawatan mukadimah tersebut perlu dijadikan asas dalam membina jalinan kerjasama yang lebih mantap di masa hadapan dan hasil kajian yang bakal dilakukan oleh MSWP kelak dapat dikongsi bersama dengan pihak berkepentingan termasuk Kedutaan sendiri bagi mendalami masalah yang merentasi sempadan kedua-dua negara berjiran ini.
 
 
 
Malawakil Bangkok
24 Oktober 2011