News From Mission
Back
Bilateral Meeting between YAB Prime Minister and Prime MInister of Thailand
[Facebook page: YAB Prime Minister]
Agenda kelapan hari ini diisi dengan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat daripada Thailand, Paetongtarn Shinawatra. Ini adalah pertemuan sulung kami sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lalu.
Saya mulakan pertemuan ini dengan menzahirkan simpati terhadap rakyat Thailand di utara, timur laut dan wilayah tengah negara itu yang dibadai Taufan Yagi. Saya nyatakan kesediaan Malaysia untuk membantu usaha pemulihan Thailand.
Dalam pertemuan ini, saya dan PM Paetongtarn senada dan bersedia untuk meneruskan kelangsungan persahabatan erat dan dasar-dasar yang telah dirangka sebelum ini bersama Perdana Menteri Thailand terdahulu, Srettha Thavisin.
Ini termasuklah usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Malaysia dan selatan Thailand, mempertingkat kesalinghubungan kedua-dua negara, cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) serta bersama-sama melonjakkan pelancongan Malaysia-Thailand.
PM Paetongtarn turut sampaikan salam daripada bapanya yang juga sahabat lama, Thaksin Shinawatra dan Srettha. Di akhir pertemuan, saya menjemput PM Paetongtarn untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sesegera mungkin.
==================
The eighth agenda of the day was marked by a bilateral meeting with my counterpart from Thailand, Paetongtarn Shinawatra. This was our first encounter since her appointment as Thailand’s 31st Prime Minister in August.
During our discussions, PM Paetongtarn and I shared a mutual commitment to continue the close friendship and policies established with her predecessor, PM Srettha Thavisin.
Our dialogue covered initiatives to boost economic growth in northern Malaysia and southern Thailand, enhance connectivity between our countries, the proposal of a Special Economic Zone (SEZ), and jointly elevate Malaysia-Thailand tourism.
PM Paetongtarn conveyed regards from her father, Thaksin Shinawatra, a long-time friend, as well as from Srettha. I concluded the meeting by inviting PM Paetongtarn to undertake an official visit to Malaysia at the earliest opportunity.