Aktiviti Sempena Hari Kebangsaan 2026
Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Pertandingan Replika Mercu Tanda Ikonik Malaysia bagi menggalakkan kreativiti serta menyemai semangat cintakan Malaysia dalam kalangan generasi muda.
Penyertaan aktiviti ini dibuka kepada warga Malaysia yang menetap di Thailand, sebagai wadah untuk mengukuhkan silaturahim, menyemarakkan semangat patriotisme serta meraikan semangat kemerdekaan bersama-sama, walau di mana kita berada.
❤️🤍💙💛