Archive Archive

Back

AKTIVITI 'WATER RAFTING' DI ABANG RAFTING, WILAYAH SATUN, THAILAND

23 April 2016 : PERWAKILAN Songkhla dengan kerjasama Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menganjurkan aktiviti ‘water rafting’ bertempat di Abang Rafting, Wilayah Satun, Thailand bermula pada 22 April 2016. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada ahli keluarga ‘Home-Based Staff’ (HBS) dan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) telah menyertai aktiviti ini.

 

Pada jam 8.30 pagi, enam buah kenderaan mula bergerak secara konvoi menuju ke Wilayah Satun. Perjalanan dari Songkhla ke kawasan Abang Rafting, Wilayah Satun mengambil masa 3 jam perjalanan. Tepat jam 2.30 petang pula, aktiviti ‘water rafting’ bermula dan kesemua perserta diberikan jaket keselamatan sebagai persediaan untuk aktiviti ini. Aktiviti berkayak tersebut melalui laluan sejauh 9km, bermula dari kawasan penginapan, dan melalui sebuah gua. Sekitar jam 6.00 petang, kesemua peserta tiba di perhentian terakhir. Aktiviti ini diakhiri dengan jamuan makan malam yang diadakan secara bbq.

 

Aktiviti riadah ini dibuat bagi menyokong saranan Konsul Jeneral yang menggalakkan aktiviti riadah di kalangan HBS dan KAT.  Ia juga merupakan peluang untuk merapatkan silaturrahim di antara semua warga Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.