Archive Archive

Back

HARI MELAYU YALA 2016

 

Hari Melayu Yala 2016 telah diadakan di di Sanam Chang Phuak daerah Yala pada 12-14 Februari 2016 dan dirasmikan oleh Lt.Gen. Ruangsak Suwannakha, Timbalan Komander ISOC4.

 

2.  Hari Melayu Yala 2016 ini diadakan buat kali ketiga pada tahun ini memandangkan kejayaan Hari Melayu Yala yang diadakan pada tahun 2014 dan 2015.

 

3. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengangkat dan memperkenalkan kebudayaan dan cara hidup masyarakat Melayu yang ada di benua nusantara, termasuk Thailand, Malaysia dan Indonesia.

 

4. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan sesama kaum di selatan Thailand yang terdiri dari pelbagai latarbelakang agama, budaya dan bangsa.

 

6. Malaysia, telah menyertai Hari Melayu Yala 2016 menerusi pembukaan gerai pameran dan promosi oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand; dan persembahan kebudayaan khas yang dibawakan oleh delegasi Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor dan Kelantan.

 

7.  Menerusi pembukaan gerai pameran dan promosi oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand, pelbagai risalah dan informasi berkaitan Malaysia telah diedarkan kepada pengunjung yang datang. Aktiviti ini turut diserikan dengan jualan pelbagai masakan Malaysia yang disediakan oleh pihak PERWAKILAN Songkhla.

 

8.  Selain itu, Konsulat Jeneral Malaysia juga telah menayangkan beberapa filem dan animasi keluaran syarikat tempatan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

 

 

Disediakan oleh:     

 

Yasmanee Chema

Internship Student dari Walailak University