Archive Archive

Back

Lawatan Daripada Kumpulan Kebudayaan USM Dan ASWARA

Pada 18 Februari 2016, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menerima lawatan daripada Kumpulan Kebudayaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).  Lawatan ini dibuat bersempena Program ‘Cultural Relation 2016’ yang diadakan di Songkhla Rajabhat University, yang disertai oleh Kumpulan Kebudayaan USM dan ASWARA.  Semasa lawatan tersebut, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla telah berbesarhati menyerahkan cenderamata sebagai tanda penghargaan di atas kehadiran mereka yang mewakili Malaysia di dalam program di Songkhla Rajabhat University.