Archive Archive

Back

LAWATAN DELEGASI KEJORA KE SONGKHLA

 

Delegasi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) seramai 35 orang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Songkhla, Thailand pada 27-30 April 2016.

 

 

Lawatan tersebut dibuat bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai hal ehwal pengurusan pelabuhan; dan pembangunan komuniti pesisir pantai dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, industri dan sebagainya.

 

Lawatan ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Songkhla. Pihak KJM turut membantu delegasi dalam mengadakan lawatan ke Pelabuhan Songkhla dan Pusat Perniagaan Produk Beku Al Mana. Menerusi lawatan ke tempat-tempat tersebut, peserta delegasi telah menerima taklimat dari wakil Pelabuhan Songkhla dan Al Mana; serta berpeluang untuk mendapatkan lebih maklumat menerusi sesi soal jawab yang diadakan.