Archive Archive

Back

LAWATAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS DAN DYTM TUANKU RAJA PUAN MUDA PERLIS BERSAMA DELEGASI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)

 DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Wilayah Phuket pada 28-31 Januari 2016 sempena Program Wasatiyah Islamiyah MAIPs IMT-GT.  Tuanku berdua telah diiringi oleh perserta delegasi dari MAIPs, Pejabat Tuanku, ahli media, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, wakil Universiti Malaysia Perlis, UiTM Perlis dan wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand.

 

2.         Program Wasatiyah Islamiyah Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle (IMT-GT) merupakan sebuah pendekatan proaktif bagi merealisasikan teras ketiga objektif penubuhan IMT-GT, iaitu ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi kerjasama dan perkongsian dalam bidang sosial, agama dan budaya di rantau IMT-GT. 

 

3.         Semasa lawatan tersebut, DYTM Tuanku telah berkenan untuk merasmikan dan menyertai program-program seperti Simposium Media IMT-GT, perasmian Masjid Besar Al-Madinah, Phuket, Malam Puisi Islam, Seminar Cintai Tulisan Jawi IMT-GT, program Kayuhan Agihan MAIPs Peduli di sekitar kawasan Phuket, perasmian Program Pembelajaran Bahasa Melayu di Muslim Wittaya School dan Perasmian Program Pembelajaran Bahasa Melayu di Fahad Wittaya School.