Archive Archive

Back

LAWATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU BUKIT MERTAJAM

Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Songkhla, Thailand telah menerima kunjungan delegasi Institut Pendidikan Guru (IPG) Bukit Mertajam pada 30 April 2016 yang lalu.  Delegasi seramai 40 orang tersebut terdiri daripada tenaga pengajar dan pelatih-pelatih di institute berkenaan.

 

Semasa sesi kunjungan ke KJM, En. Mohd Afandi bin Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla telah memberikan taklimat ringkas mengenai tugas dan peranan KJM dan pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

 

Selain itu, semasa sesi perbincangan, banyak perkara-perkara berkaitan hal ehwal konsular dikongsi untuk makluman dan renungan delegasi yang hadir.  Program ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada peserta delegasi mengenai penugasan Konsulat, perkara-perkara yang perlu diambil berat ketika ke luar negara, bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh Konsulat kepada rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah di luar negara, serta hal-hal lain yang berkaitan.