Archive Archive

Back

LAWATAN OLEH DELEGASI JAKIM DAN MAJLIS/JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA KE SONGKHLA, THAILAND

 

En. Mohd Afandi Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia ke Songkhla, Thailand telah menerima kunjungan hormat delegasi JAKIM dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia di pejabat beliau pada 11 Mei 2016.

 

Delegasi tersebut berada di Songkhla, Thailand bersempena dengan Program Diskusi Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan Undang-Undang Syariah Berkaitan Pengurusan Perkahwinan Rentas Sempadan, di Songkhla pada 11 dan 12 Mei 2016.

 

Semasa kunjungan hormat tersebut, pelbagai isu berkaitan hal ehwal Islam telah dibincangkan antara delegasi dengan Konsul Jeneral dan pegawai-pegawai di Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

 

 

Selain itu, pada 12 Mei 2016, Konsul Jeneral juga telah mempengerusikan sesi perbincangan antara delegasi dengan wakil-wakil Majlis Agama Islam di Selatan Thailand iaitu daripada Songkhla, Satu, Pattani, Narathiwat dan Yala. Sesi perbincangan tersebut berjalan lancar dengan pelbagai isu dibangkit dan dibincangkan antara kedua-dua pihak.