Archive Archive

Back

LAWATAN SM SAINS HULU TERENGGANU

 

Delegasi daripada Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu seramai 40 orang telah mengadakan lawatan ke Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Songkhla, Thailand pada 30 April 2016.  Delegasi tersebut terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar cemerlang sekolah berkenaan. Lawatan ke KJM merupakan salah satu aturcara yang terkandung dalam lawatan sekolah ini ke Songkhla, yang turut merangkumi lawatan ke universiti dan sekolah tempatan.

 

Semasa sesi lawatan ke KJM, En. Mohd Afandi bin Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla telah membuka majlis dengan kata-kata aluan dan nasihat kepada para pelajar.  En. Airi Kurniawan Nuridjal, Konsul Muda KJM pula telah memberikan taklimat mengenai tanggungjawab dan peranan KJM Songkhla. En. Airi turut berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan hal ehwal konsular untuk pengetahuan ahli delegasi.