Archive Archive

Back

MAJLIS JALINAN IFTAR KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SONGKHLA BERSAMA AGENSI-AGENSI SEMPADAN MALAYSIA – THAILAND

Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menganjurkan program Jalinan Iftar Bersama Agensi-Agensi Kerajaan di sempadan Malaysia – Thailand pada 2 Ogos 2013.

Program tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara pihak Konsulat Jeneral Malaysia dengan agensi-agensi Kerajaan yang bertugas untuk menjaga pintu masuk sempadan.

 

Dalam program tersebut, kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia telah mengedarkan lebih 250 paket berbuka puasa kepada kakitangan penguatkuasaan yang bertugas di Kompleks Bukit Kayu Hitam.

Ianya telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faizal Razali, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla. Turut hadir adalah Encik Mad Tajuddin, Ketua Kompleks Bukit Kayu Hitam.

 

Pihak Konsulat Jeneral turut mengedarkan paket yang sama kepada kakitangan Kerajaan Thailand yang beragama Islam di pintu masuk ke Danok, Thailand.

 

Program ini turut mendapat sokongan dari pihak Feltex (sebuah anak syarikat Felda Malaysia) dan Persatuan Isteri-isteri Kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.