Archive Archive

Back

Majlis Makan Tengahari bersama Jabatan Kesenian Kerajaan Negeri Johor dan Kelantan

Satu majlis makan tengahari telah diadakan untuk Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri  (JKKN) Johor dan Kelantan ke Yala yang menyertai Sambutan Hari Melayu Yala 2016, yang telah diadakan di Changpuak Park, Yala, Thailand.  Di kesempatan itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla telah berbesarhati menyerahkan cenderamata kepada Ketua Delegasi JKKN Johor dan Kelantan sebagai tanda penghargaan di atas kehadiran mereka yang mewakili Malaysia di dalam sambutan tersebut.