Archive Archive

Back

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (PERWAKILAN SONGKHLA) KALI KE-9 TAHUN 2016

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN WANITA KEMENTERIAN LUAR NEGERI

(PERWAKILAN SONGKHLA) KALI KE-9 TAHUN 2016

 

 

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERWAKILAN Songkhla telah diadakan pada hari Rabu, 13 Januari 2016, jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. Antara agenda mesyuarat adalah perasmian pembukaan AGM; sesi perkenalan ahli PERWAKILAN; serta pembentangan laporan jawatankuasa PERWAKILAN bagi tahun 2015.

 

Encik Mohd Afandi Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia ke Songkhla telah berbesar hati merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN Songkhla dan seterusnya menyampaikan ucapan serta amanat kepada semua ahli PERWAKILAN.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PERWAKILAN Songkhla di atas bantuan dan sokongan yang telah diberikan dalam semua program yang dilaksanakan oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia serta PERWAKILAN Songkhla, sekaligus membantu meningkatkan imej dan mempromosikan Malaysia di seluruh Wilayah Selatan Thailand.

 

Beliau juga berharap agar PERWAKILAN Songkhla akan terus merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli PERWAKILAN Songkhla pada tahun 2016.