Archive Archive

Back

PERBINCANGAN BERSAMA MATRADE DAN DEWAN PERNIAGAAN SONGKHLA DAN SATUN

Pada 31 Mac 2016, En. Mohd Afandi bin Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia telah mempengerusikan satu sesi perbincangan antara wakil MATRADE Malaysia di Bangkok bersama wakil-wakil Dewan Perniagaan Songkhla dan Satun.

 

Semasa mesyuarat tersebut, pihak MATRADE telah memberikan taklimat ringkas mengenai hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Thailand; serta memberikan maklumat awal mengenai penganjuran Border Trade Expo yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2016.

 

Sewaktu sesi perbincangan tersebut juga, Konsul Jeneral telah menyatakan penghargaan beliau kepada pihak MATRADE, dan Dewan Perniagaan Songkhla dan Satun atas kerjasama erat yang telah diberikan kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.  Beliau juga berharap agar Dewan Perniagaan Songkhla dan Satun dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada MATRADE bagi menyokong penganjuran Border Trade Expo dan menggalakkan penyertaan ahli-ahli perniagaan dari Selatan Thailand ke program tersebut.