Archive Archive

Back

PROGRAM MENGEJAR WARISAN DI BUMI THAILAND

 

 

 

Program Mengejar Warisan di Bumi Thailand telah dilaksanakan oleh Kelab Skuter Malaysia (KSM) dan TV Al-Hijrah pada 7 hingga 13 April 2016.  Program tersebut telah dibuat secara kembara bermotosikal dan disertai oleh lebih kurang 25 peserta (15 motosikal) dari pelbagai organisasi seperti KSM, TV Al-Hijrah, Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Rider Al-Amin Warriors dan MyIKRAM Bikers.

 

2.         Secara amnya, program tersebut melawat beberapa wilayah di Selatan Thailand seperti Songkhla, Nakorn Si Thammarat, Phuket dan Krabi.  Sepanjang program tersebut, anggota delegasi menyelusuri sejarah keturunan Melayu di Selatan Thailand dan mengadakan beberapa program kemasyarakatan dengan penduduk tempatan.

 

3.         Pihak TV Al-Hijrah juga telah mengadakan rakaman sepanjang program tersebut bagi diudarakan di rancangan Assalamualaikum, di TV Al-Hijrah dalam masa terdekat.

 

4.         Pihak Malawakil telah mengadakan satu majlis Makan Malam di Rumah Malaysia Songkhla pada 7 April 2016; dan menyertai program kemasyarakatan (membersihkan kubur) di kawasan Masjid Sultan Sulaiman Shah, Songkhla pada 8 April 2016.

 

5.         Selain itu, pihak Konsulat juga terlibat di dalam program flag-off peserta-peserta ini pada 8 April 2016.