Birth/Marriage Registration
| PERMOHONAN PENGESAHAN DOKUMEN PERNIKAHAN DI WILAYAH SELATAN THAILAND (PASANGAN ISLAM) | |||
| PROSEDUR PERMOHONAN | |||
| 1. | Salah seorang dari pasangan (warganegara Malaysia) perlu hadir sendiri ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. | ||
| 2. | Mengisi borang permohonan perakuan pernikahan (disediakan oleh pejabat KJM di Songkhla atau muat turun borang disini). | ||
| 3. | Mengemukakan dokumen-dokumen Asal serta dua (2) salinan: | ||
| i. | Kad pengenalan pemohon dan pasangan; | ||
| ii. | Passport/Pas Sempadan pemohon dan pasangan; | ||
| |||
| |||
| iii. | Sijil Pengesahan nikah yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam di selatan Thailand; | ||
| iv. | Catatan Keterangan Nikah yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam di selatan Thailand; | ||
| v. | Gambar Pernikahan yang dikeluarkan oleh majlis agama di Selatan Thailand; | ||
| Dokumen Tambahan (Jika berkaitan) | |||
| vi. | Dokumen Penceraian (Pasangan berstatus janda); | ||
| vii. | Dokumen Kematian dan Perkahwinan bersama suami terdahulu (Pasangan berstatus balu); | ||
| viii. | Surat Pengesahan Nikah terkini dari majlis agama Islam di selatan Thailand (perkahwinan melebihi satu (1) tahun); | ||
| ix. | Surat Pengesahan Memeluk Agama Islam (Bagi Mualaf); | ||
| x. | Surat Kebenaran Berkahwin daripada KAGAT (anggota tentera sahaja); | ||
| xi. | Surat Kebenaran Berkahwin daripada PDRM (anggota polis sahaja); | ||
| xii. | Surat Kelulusan Ke Luar Negara (penjawat awam sahaja); | ||
| xiii. | Surat Perakuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah (Islam) yang telah mendapat pengesahan (endorsement) dari Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Putrajaya pemohon dan pasangan yang telah hilang dokumen perjalanan/masuk ke Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah bagi perkahwinan sebelum 1 September 2016; | ||
| xiv. | Bagi pemohon/pasangan (perempuan) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke bawah:- | ||
| |||
| |||
| 4. | Dokumen yang menggunakan Bahasa selain Bahasa Melayu/Inggeris perlu dibuat terjemahan rasmi ke Bahasa Melayu/Inggeris terlebih dahulu. | ||
| 5. | Bayaran Perkhidmatan: THB1,000.00. | ||
| WAKTU OPERASI KAUNTER KONSULAR | |||
| i. | Serahan dokumen (Sesi pagi sahaja): | ||
| Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 12.00 tengahari | |||
| Jumaat : 8.30 pagi - 11.30 pagi | |||
| ii. | Kutipan dokumen (Sesi petang sahaja) : | ||
| Isnin - Khamis : 1.00 petang - 3.30 petang | |||
| Jumaat : 2.00 petang - 3.30 petang | |||
| iii. | Tempoh proses dan pengeluaran dokumen adalah tiga (3) hari bekerja. | ||