Skip to Content

Address

NO. 4, Sukhum Road
Muang District
Songkhla Province
 Songkhla

Contact Us

+(6674)311062 (General enquiries)
+(6674)316274 +(6681)9901930 (for emergencies)
+(6674)324004 / 312353
mwsongkhla@kln.gov.my

Operation Hours

Monday - Friday
8.00 a.m. - 4.00 p.m.
CLOSED :
Refer to [MAIN MENU] - [ABOUT US] - [PUBLIC HOLIDAYS]

Social Media Social Media

News From Mission News From Mission

Back

Majlis Ramah Mesra Madani Sempena Sambutan Hari Raya AidilFitri 2025

Songkhla, 26 April 2025 – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menganjurkan majlis "Ramah Mesra Madani" yang berlangsung dengan meriah pada 26 April 2025 bertempat di Kompleks Jeneral Malaysia, bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang (waktu tempatan).

Majlis tersebut berjaya menghimpunkan kira-kira 210 orang tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang bekerja di selatan Thailand, wakil diplomatik asing dari Konsulat Republik Indonesia di Songkhla, pegawai-pegawai Home-Based Staff (HBS) bersama keluarga, Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT), para pelajar Malaysia, serta pegawai-pegawai daripada agensi dan pihak berkuasa tempatan.

Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara warga konsulat dan komuniti Malaysia di perantauan, selain mengukuhkan hubungan dua hala melalui kehadiran rakan-rakan diplomatik dan wakil tempatan. Suasana majlis diserikan dengan juadah tradisional Hari Raya serta sesi beramah mesra dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan.