Mission News
Lawatan Khas KDYMM Sultan dan Sultanah Kedah
13 August 2026
222 views
Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul merafak sembah penuh takzim sempena keberangkatan KDYMM Sultan dan Sultanah Kedah ke Istanbul. KDYMM Tuanku berkenan menyempurnakan Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal TLDM LMSB2 Tunku Osman Jewa pada 9 Ogos 2026.
Turut berangkat ialah DYTM Raja Muda Kedah, DYTM Raja Puan Muda Kedah, DYAM Tunku Mahkota Kedah, DYAM Tunku Puan Mahkota Kedah serta Paduka-Paduka Cucunda.