FAQs FAQs

 

 PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) – ONLINE

Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya; dan
  2. Tinggal di luar negara.

 

Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:

 

  1. Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  2. Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Negeri yang sedang berkuat kuasa

 

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1B:

Mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login