![]() | ![]() |
News From Mission
PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK KE-12
PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK KE-12
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah memaklumkan bahawa kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara akan diberikan bagi maksud PRU DUN Sarawak Ke-12.
2. Tempoh permohonan yang telah diwartakan oleh SPR adalah mulai 8 November 2021 (Isnin) sehingga 24 November 2021 (Rabu).
3. Justeru itu, semua warganegara Malaysia yang merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN di dalam negeri Sarawak dan bermastautin di luar negeri adalah layak untuk memohon sebagai pengundi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara). Walau bagaimanapun, kelulusan setiap permohonan ini masih tertakluk di bawah bidang kuasa Setiausaha SPR.
4. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang MySPR Daftar di pautan berikut https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my/.
5. Pemohon dinasihatkan agar membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-8892 7080 atau e-mel kepada upup@spr.gov.my. Sekian, terima kasih.