Skip to Content
MISSION INFO
Address:
777 South Figueroa Street. Suite 600
Los Angeles 
California
Telephone: +1-213-892 1238 (General enquiries)
+1-626-766 0478 (For emergencies) 
Fax: +1-213-892 9031
Email: mwlosangeles[at]kln[dot]gov[dot]my (Official Correspondence)/ lax[dot]info[at]kln[dot]gov[dot]my (Consular Matters)/ Twitter @CGLAMsia/ Facebook @CGLAMsia / Instagram @CGLAMsia
GMT: - 8 hrs
Working Days: Monday to Friday
Working Hours: 0900hrs to 1700hrs
Public Holidays: Sat & Sun (Refer Public Holidays)

 

News From Mission News From Mission

Back

Pilihanraya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15

 

PILIHANRAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI JOHOR  KE-15.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi  Pilihanraya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor  Ke-15.

Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 9 Februari 2022 (Rabu) sehingga 18 Februari 2022 (Jumaat).

Permohonan undi pos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B: Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR (https://www.spr.gov.my/).

 

SPR turut memaklumkan bahawa syarat kelayakan bagi permohonan undi pos bagi Kategori 1B seperti berikut telah dimansuhkan:

 

1.        Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, dan Satun); Singapura, Brunei; dan Kalimantan, Indonesia; dan

2.      Pernah kembali ke Malaysia, selama tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh kekosongan yang dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kerusi Dewan Undangan Johor.

3.        Justeru, bagi maksud PRU DUN Negeri Johor Ke-15 ini, semua warganegara Malaysia yang merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN di dalam Negeri Johor dan bermastautin di luar negara adalah layak untuk memohon sebagai pengundi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara).  Walau bagaimanapun, kelulusan setiap permohonan ini masih tertakluk di bawah bidang kuasa Setiausaha SPR.

4.      Bagi tujuan ini, setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar di pautan berikut http://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR di pautan http://www.spr.gov.my/. Justeru, pemohon dinasihatkan agar memohon lebih awal apabila tarikh permohonan dibuka bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan.

5.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-8892 7080/ upup@spr.gov.my.

 


Related Links Related Links