Press Statements/ Releases Press Statements/ Releases

Back

NASIHAT KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM BERHUBUNG ANCAMAN ‘PUNISH A MUSLIM DAY’

NASIHAT  KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM BERHUBUNG ANCAMAN ‘PUNISH A MUSLIM DAY’
 
Kementerian Luar Negeri  (Wisma Putra) ingin menasihatkan semua warganegara Malaysia yang berada di Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk berhati-hati dengan ancaman Punish A Muslim Day yang menggalakkan kekerasan ke atas umat Islam pada 3 April 2018. 
 
Kementerian Luar Negeri difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat ancaman ini dan bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya umat Islam diancam. Dalam hubungan ini, Kementerian Luar Negeri ingin menasihatkan warganegara Malaysia di Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk lebih berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling. 
 
Kementerian Luar Negeri menyarankan agar warganegara Malaysia yang berada di negara berkenaan untuk melaporkan diri dengan Perwakilan Malaysia berdekatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
 
Warganegara Malaysia di negara berkenaan yang memerlukan bantuan konsular adalah dinasihatkan untuk berhubung dengan Perwakilan Malaysia seperti di bawah:
 
Kedutaan Besar Malaysia, Washington D.C.
Alamat: 3516 International Court, N.W. 
Washington D.C. 20008 
Telefon: 1(202) 572-9700
 
Konsulat Jeneral Malaysia, New York
Alamat: 313 East 43rd Street 
New York, NY 10017 
Telefon: (1-212) 490 2722 / 23
 
Konsulat Jeneral Malaysia, Los Angeles
Alamat: 777 S. Figueroa St. Suite 600,
Los Angeles, CA 90071
Telefon: +1 (213) 892 1238
 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London
Alamat: 45 – 46 Belgrave Square 
London SW1X 8QT 
Telefon: 00(44207) 235 8033
 
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu dan organisasi yang menggalakkan kebencian dan berterima kasih di atas keprihatinan pihak berkuasa tempatan dalam menangani ancaman ini. 
 
Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Malaysia di negara berkenaan akan terus memantau ancaman ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan warganegara Malaysia terpelihara.
 
PUTRAJAYA
3 April 2018