Archive Archive

Back

MAJLIS PERDANA SCHOLAR AWARDS (PSA) 2016

WASHINGTON DC, NOV 8, 2016:  Pada 8 November 2016, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di New York telah menerima jemputan daripada Pengarah Pejabat Pendidikan Malaysia di Washington untuk menghadiri Majlis Perdana Scholar Awards (PSA) 2016 yang bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC.

 

Konsul Jeneral Malaysia, Encik Jeremiah Oliver Jitos, beserta dengan kakitangan HBS yang lain telah memenuhi jemputan tersebut bagi meraikan serta memeriahkan lagi majlis tersebut di samping memberi sokongan terhadap acara yang meraikan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat.

 

Anugera Perdana Scholar Awards 2016 tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi.