Events / News Events / News

Back

9 DISEMBER 2020-HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA PARLIMEN P.054 GERIK DAN N.66 BUGAYA

  1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 16 Januari 2021 sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.054 Gerik dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud kedua-dua PRK tersebut. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 27 November 2020 (Jumaat) sehingga 24 Disember 2020 (Khamis).

 

  1. Untuk tujuan ini, permohonan undi pos bagi kedua-dua PRK ini boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang perlu dimuat turun melalui laman sesawang SPR, sepanjang tempoh permohonan sebagaimana yang dimaklumkan di atas. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

 

  1. 1.  Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;
  2. 2.  Bermastautin  di   luar negara kecuali di Selatan Thailand  (Narathiwat,   Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  3. 3.  Pernah  berada  atau  kembali ke Malaysia tidak  kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh kekosongan berikut:

           2.2.1 kerusi Parlimen P.054 Gerik, iaitu pada 18 November 2020; dan

           2.2.2 kerusi DUN N.66 Bugaya, iaitu pada 24 November 2020.

 

  1. Borang 1B (Pengundi Luar Negara) boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

  3. 1.     PRK PARLIMEN P.054 GERIK: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang/borang-permohonan-kertas-undi-pos-prk-p54-gerik-pengundi-pos-luar

  3. 2.     PRK DUN N.66 BUGAYA: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang/borang-permohonan-kertas-undi-pos-prk-n66-bugaya-pengundi-pos-luar

 

  1. Borang 1B yang diisi perlu dihantar terus ke pihak SPR (melalui pos/ e-mel/ fax seperti yang tertera dalam borang tersebut). Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan masing-masing. Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperohi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.