Events / News Events / News

Back

Anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM)

MANHATTAN - 13 MAC, 2018: Pada 13 Mac 2018, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di New York telah menyempurnakan pengurniaan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Encik Richard Clement Moody, seorang pesara Tentera British yang pernah menabur bakti berkhidmat di Malaysia / Malaysia semasa zaman darurat dan konfrontasi.

 

Sesi pengurniaan tersebut telah diadakan di Pejabat Konsul Jeneral Malaysia dan disempurnakan oleh Encik Jeremiah Oliver Jitos, Konsul Jeneral dan dimulakan dengan citation dan seterusnya penyampaian PJM daripada Kerajaan Malaysia kepada Encik Richard Moody.  Turut hadir bersama adalah Penasihat Pertahanan Malaysia dan kakitangan diplomatik yang lain.  Encik Richard Moody dan isteri beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas pengiktirafan ini.