Events / News Events / News

Back

Bulan Sukan Negara

NEW YORK – OKTOBER 12, 2019:  Sempena sambutan Bulan Sukan Negara (Malaysia Sports Challenge) yang diadakan sepanjang bulan Oktober, pihak Konsulat Jeneral Malaysia selaku urusetia telah menganjurkan aktiviti sukan seperti badminton dan ping pong.

Aktiviti sukan badminton dan ping pong yang telah diadakan di Long Island Sport Center, Roslyn pada 12 Oktober 2019 bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari telah melibatkan lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri dari kalangan Home Based Staff (HBS), Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) serta rakyat Malaysia yang bermastautin di sekitar New York.

Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti sukan yang dianjurkan telah berjalan dengan baik selaras dengan hasrat Kerajaan yang menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat.