Events / News Events / News

Back

Hari Sukan Negara

MANHATTAN – OKTOBER 13, 2018:  Selaras dengan pengisytiharan Kerajaan untuk menjadikan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) sebagai acara tahunan, pihak Konsulat Jeneral Malaysia selaku Urusetia HSN telah menganjurkan aktiviti sukan bowling bagi tujuan tersebut.

 

HSN pada tahun 2018 telah diadakan di Jib Lanes Bowling di Flushing, New York bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Seramai 55 orang peserta telah menyertai sukan bowling tersebut yang terdiri daripada Home Based Staff (HBS), Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) serta rakyat Malaysia yang bermastautin di sekitar New York.

 

Secara keseluruhannya, program berkenaan telah mencapai matlamat dalam mewujudkan hubungan harmoni di antara rakyat Malaysia di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat.