Events / News Events / News

Back

Merdeka Family Picnic

QUEENS, NEW YORK – 24 OGOS 2019:  Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, satu acara ‘Merdeka Family Picnic’ telah dianjurkan oleh sukarelawan dari kalangan diaspora Malaysia bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di New York.  Acara ini yang berlangsung pada hari Sabtu, 24 Ogos 2019 bertempat di Forest Park BBQ Area telah mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat Malaysia yang menetap di New York dan kawasan sekitarnya.

Beberapa jenis sukaneka seperti acara tarik tali bagi dewasa lelaki, perempuan dan kanak serta acara berpasangan ‘lari ikat kaki’ telah diadakan semasa berlangsungnya ‘picnic’ tersebut.

Pelbagai jenis juadah seperti bihun goreng, popia, nasi arab dan kueyteow telah disediakan secara ‘potluck’ oleh peserta.  Dengan adanya acara tersebut, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim rakyat Malaysia yang menetap di sini.