Skip to Content
MISSION INFO
Address:
313 East 43rd Street New York, NY 10017
 
Telephone: +1 (212) 490 2723
+1 (212) 490 2723 ext. 108 (Passport & Visa) 
Fax: +1 (212) 490 2049 / +1 (212) 490 1439 (Passport & Visa)
Email: mwnewyorkcg[at]kln[dot]gov[dot]my / newyork@imi.gov.my (Passport & Visa)
GMT: -4hrs (Eastern Daylight Time) : 12 jam KL (-) New York (+)
Working Days: Monday - Friday, 9.00am - 5.00pm
Working Hours: [Passport/Consular Matters Submission Time] MON-THU: 9.30am-12.30pm / (FRI): 9.30am-11.30am
Public Holidays: Saturday & Sunday (refer to 'Corporate Information')

 

News From Mission News From Mission

Back

20 OKTOBER 2020-HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1C BAGI PRK P.185 BATU SAPI

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 5 Disember 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRK tersebut. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 13 Oktober 2020 (Selasa) sehingga 12 November 2020 (Khamis).

Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang perlu dimuat turun melalui laman sesawang SPR (www.spr.gov.my), sepanjang tempoh permohonan sebagaimana yang dimaklumkan di atas. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

 

  • Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;
  • Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  • Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum kekosongan kerusi Dewan Rakyat P.185 Batu Sapi, iaitu pada 7 Oktober 2020.

 

Bagi proses undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara,  rakyat Malaysia perlu menghantar terus Borang 1B yang diisi ke pihak SPR (melalui pos/ e-mel/ fax seperti yang tertera dalam borang tersebut) dan bukan menerusi Malawakil. Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan mereka. Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperohi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.



related links related links