Skip to Content
MISSION INFO
Address:
 313 East 43rd Street
New York 
NY 10017
Telephone: +1 (917) 319 0381
 
Fax: +1 (212) 490 2049 / +1 (212) 490 1439 (Passport & Visa)
Email: mwnewyorkcg[at]kln[dot]gov[dot]my (Official Correspondence) / ------------------------------ nycg[dot]cons[at]kln[dot]gov[dot]my (CONSULAR MATTERS) / ----------------------------------------------------- newyork[at]imi[dot]gov[dot]my (PASSPORT & VISA)
GMT: - 5 hrs
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: Passport/Consular Matters (except Friday): 9.30am-12.30pm (Submission) / 2.00pm-4.00pm (Collection)
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

News From Mission News From Mission

Back

22 OKTOBER 2021-HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) MELAKA KE-15

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 20 November 2021 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRU DUN Melaka Ke-15. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 20 Oktober 2021 sehingga 1 November 2021.

 

2.         Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang SPR https://www.spr.gov.my/ sepanjang tempoh permohonan seperti di atas. Untuk makluman selanjutnya, syarat kelayakan bagi permohonan undi pos bagi Kategori 1B (Luar Negara) seperti berikut telah dimansuhkan:

  

2.1       bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan

 

2.2       pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh kekosongan yang dipastikan oleh SPR bagi kerusi Dewan Undangan bagi Negeri Sarawak.

 

Justeru, bagi maksud PRU DUN Melaka Ke-15 ini, semua warganegara Malaysia yang merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN di dalam negeri Melaka dan bermastautin di luar negara adalah layak untuk memohon sebagai pengundi pos di bawah Kategori 1B.

 

3.         Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi pihak SPR di No. Telefon: +603-8892 7200 / No. Faks: +603-8892 7001 atau E-mel: webmaster@spr.gov.my.

 

22 Oktober 2021

 


related links related links