Skip to Content
MISSION INFO
Address:
313 East 43rd Street New York, NY 10017
 
Telephone: +1 (212) 490 2723
+1 (212) 490 2723 ext. 108 (Passport & Visa) 
Fax: +1 (212) 490 2049 / +1 (212) 490 1439 (Passport & Visa)
Email: mwnewyorkcg[at]kln[dot]gov[dot]my / newyork@imi.gov.my (Passport & Visa)
GMT: -4hrs (Eastern Daylight Time) : 12 jam KL (-) New York (+)
Working Days: Monday - Friday, 9.00am - 5.00pm
Working Hours: [Passport/Consular Matters Submission Time] MON-THU: 9.30am-12.30pm / (FRI): 9.30am-11.30am
Public Holidays: Saturday & Sunday (refer to 'Corporate Information')

 

News From Mission News From Mission

Back

26 OGOS 2020 - HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PRU DUN SABAH KE-16

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH KE-16

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 26 September 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRU DUN Sabah Ke-16. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 17 Ogos 2020 sehingga 3 September 2020.

 

2.         Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR www.spr.gov.my sepanjang tempoh permohonan seperti di atas. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

 

2.1       merupakan seorang pemilih berdaftar;

 

2.2       bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan

 

2.3       pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran DUN Sabah Ke-15, iaitu pada 31 Julai 2020.

 

3.         Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi pihak SPR di No. Telefon: +603-8892 7200 / No. Faks: +603-8892 7001 atau E-mel: webmaster@spr.gov.my.

 

26 OGOS 2020


related links related links