ArchiveS
PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.161 PULAI DAN PRK DEWAN NEGERI N.13 SIMPANG JERAM, JOHOR
PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.161 PULAI DAN PRK DEWAN NEGERI N.13 SIMPANG JERAM, JOHOR
Permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk bagi Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRK Parlimen P.161 Pulai dan PRK Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor yang telah dibuka bermula 3 Ogos 2023 (Khamis) dan akan ditutup pada 12 Ogos 2023 (Sabtu).
Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
- merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.161 Pulai atau Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor; dan
- tinggal di luar negara.
Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.