ArchiveS
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-65
Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 telah diadakan bertempat di Perutusan Tetap Malaysia ke PBB, New York pada 29 Ogos 2022. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti bacaan ikrar yang dipimpin oleh Kol. Shamsuri Noordin, Penasihat Pertahanan.
Mengupas tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, TYT Dato' Syed Mohamad Hasrin, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, berkata konsep keharmonian #KeluargaMalaysia merupakan resepi penting untuk hidup bermasyarakat yang maju, aman dan damai serta teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. Beliau turut mengingatkan para pegawai dan kakitangan untuk sentiasa menjalankan tugas dengan amanah, jujur dan berintegriti, baik dalam mempertahankan kepentingan negara di persada antarabangsa mahupun dalam memberikan perkhidmatan dan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia. Beliau juga berharap agar semua pegawai dan kakitangan dapat berkerjasama untuk memastikan segala persiapan bagi penyertaan julung kali YAB Perdana Menteri sebagai ketua delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB ke-77 (UNGA77) secara fizikal pada 21 sehingga 26 September 2022 dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas.