Bertarikh 12 Januari 2018 yang lalu, Dato' Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Wakil Tetap di Perutusan Tetap Malaysia ke PBB, New York bersama isteri Datin Sri' Izdina Izaidin telah menganjurkan satu Majlis Perpisahan untuk tiga pegawai yang akan bertukar ke penempatan baru. Pegawai-Pegawai tersebut adalah En. Mohd Ridzwan Shahbuddin, En. Mustapha Kamal Rosdi dan Cik Delfina Jane Dris.
Majlis ini turut juga dibantu oleh PERWAKILAN NEW YORK yang sama-sama memainkan peranan penting bagi melancarkan perjalanan majlis.
