Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 DI PERUTUSAN TETAP MALAYSIA KE PBB, NEW YORK

13 October 2026 243 views

 

 

 

Bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini, pejabat Perutusan Tetap dan dengan kerjasama PERWAKILAN New York telah menganjurkan program Larian Muhibah dan Sesi Senam Sihat Poco-Poco.  Aktiviti-aktiviti ini telah diadakan pada hari Jumaat, 9 Oktober 2026. Seramai 40 orang telah hadir dan turut serta dalam aktiviti.  Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai HBS KLN, HBS agensi di bawah Malawakil, KAT Malawakil, Ambassador LTD serta LTD UNGA dan ahli keluarga warga kerja Malawakil.  Aktiviti telah dimulakan dengan acara Larian. Larian telah bermula dari pejabat Perutusan Tetap di 43rd Street, menghala ke United Nations Headquarters (UNHQ) di laluan First Avenue. Program kemudian diteruskan dengan aktiviti berjalan kaki pula dari UNHQ melewati 46th Street, seterusnya menghala ke pejabat Perutusan Tetap melalui Second Avenue sejauh 1.3 batu yang mengambil masa selama 35 minit. Setibanya di pejabat, aktiviti diteruskan dengan sesi senam sihat poco-poco selama 15 minit. Secara keseluruhan program ini telah berlansung selama 2 jam. Program telah berjalan dengan lancar sebagai aktiviti kesukanan bagi menyokong Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di Malaysia.  Di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti bersukan, acara turut berupaya merapatkan lagi hubungan kerja serta mengukuhkan lagi semangat berpasukan di kalangan HBS, LTD dan KAT yang turut serta. 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back