Archives
PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA
PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA
Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Pemilih berdaftar
c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia
d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut;
a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau
b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau
c) melalui pos ke alamat;
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
Malaysia
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara (Kedutaan Besar Malaysia, Washington DC) untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.
Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa
GARIS PANDUAN MENGISI BORANG 1B
1. Sila baca dengan teliti dan semua ruangan yang berkaitan hendaklah diisi dengan lengkap.
2. Sebarang kesilapan dalam pengisian borang ini boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.
3. Anda hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa anda merupakan seorang pemilih berdaftar.
4. Untuk mengisi maklumat berhubung Bahagian Pilihan Raya, anda boleh menyemak maklumat tempat pendaftaran anda di laman-web SPR di www.spr.gov.my
Bahagian A
(i) Nama penuh hendaklah diisi dengan HURUF BESAR mengikut nama seperti dalam Kad Pengenalan.
(ii) Isikan nombor Kad Pengenalan dan nombor Pasport anda.
(iii) Isikan nombor telefon bimbit dan nombor telefon anda yang lain yang boleh dihubungi.
(iv) Isikan alamat emel anda dan nombor faks (jika ada).
Bahagian B
(i) Isikan alamat tetap anda di luar negara dengan lengkap.
(ii) Isikan nama bandar dan negara di mana Pejabat Pewakilan Malaysia berada kerana sampul-sampul dan kertas undi anda akan dihantar ke Pejabat Pewakilan Malaysia yang dinyatakan. Anda dinasihatkan agar menyemak maklumat Pejabat-pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara di laman sesawang SPR di www.spr.gov.my sebelum mengisi maklumat di ruangan berkenaan.
(iii) Isikan bahagian Parlimen dan Negeri di mana anda berdaftar sebagai pemilih.
(iv) Nyatakan negara anda tinggal dan sebab mengapa anda tinggal di negara berkenaan.
(v) Isikan tarikh-tarikh anda pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen/Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berkuatkuasa.
(vi) Isikan jumlah keseluruhan (hari) anda kembali atau berada di Malaysia dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen/DUN yang sedang berkuatkuasa.
(vii) Isikan tarikh permohonan dan turunkan tandatangan anda di dalam ruangan yang berkaitan.
Bahagian C
Bahagian ini TIDAK PERLU DIISI
Bahagian D
Bahagian ini TIDAK PERLU DIISI